misa.lagu-gereja.com        
 
View : 5578 kali
KITAB DEUTEROKANONIKA
Rabu, 19 Oktober 2022
Sirakh 48 - Nabi Elia


Nabi Elia

1. Lalu bangkit Nabi Elia, seorang nabi yang berapi-api. Kata-katanya seperti obor yang menyala.

2. Dia mendatangkan bencana kelaparan terhadap bangsanya. Dia menyebabkan banyak orang daripada bangsanya binasa sehingga mereka tinggal sedikit sahaja.

3. Dengan kuasa Tuhan dia memerintahkan supaya hujan jangan turun, dan sehingga tiga kali dia mendatangkan api.

4. Nabi Elia, mukjizat-mukjizatmu sungguh mengagumkan. Tidak seorang pun dapat berbangga seperti engkau.

5. Dengan kuasa Tuhan Yang Maha Tinggi kauhidupkan kembali orang mati.

6. Engkau membinasakan raja-raja dan menjatuhkan orang ternama daripada kekuasaan mereka.

7. Di Gunung Sinai kaudengar teguran Tuhan, dan di Gunung Horeb kaudengar keputusan-Nya untuk menghukum musuh-musuh-Nya.

8. Engkau melantik seorang raja untuk menjalankan hukuman itu dan seorang nabi untuk menggantikan engkau.

9. Lalu engkau diangkat ke syurga dalam angin puyuh yang bernyala-nyala, dengan sebuah kereta kuda yang ditarik kuda berapi.

10. Dalam Alkitab tertulis bahawa engkau akan kembali pada waktu yang ditentukan untuk meredakan kemurkaan Allah, sebelum kemurkaan itu meledak. Juga tertulis bahawa engkau akan mendamaikan bapa dengan anak serta memulihkan suku-suku Israel.

11. Berbahagialah orang yang sempat melihat engkau datang, dan mereka yang telah meninggal dalam kasih, kerana pasti kita pun akan hidup.
Nabi Elisa

12. Elia diselubungi angin puyuh, lalu rohnya menguasai Elisa. Selama hidup Elisa, dia tidak takut kepada penguasa-penguasa dan tidak dapat ditundukkan oleh sesiapa pun.

13-14. Tidak ada yang terlalu sukar baginya. Selama hidupnya dia melakukan mukjizat-mukjizat, dan sesudah meninggal pun dia masih bernubuat dan melakukan keajaiban.

15. Tetapi walaupun demikian, bangsanya tidak meninggalkan cara hidup mereka yang berdosa, sehingga mereka dibuang dari negeri mereka dan dicerai-beraikan di seluruh dunia. Daripada bangsa itu tinggal sebahagian kecil sahaja dengan seorang penguasa daripada keturunan Raja Daud.

16. Sebahagian daripada mereka melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan, sedangkan yang lain terus berdosa.
Raja Hizkia dan Nabi Yesaya

17. Raja Hizkia memperkukuh kota baginda dengan kubu dan melengkapkannya dengan bekalan air. Baginda menyuruh orang menggali sebuah terusan melalui bukit batu dengan alat-alat besi. Lalu baginda membuat kolam-kolam untuk menampung air itu.

18. Dalam masa pemerintahan baginda, kota baginda diserang oleh Raja Sanherib. Raja Sanherib mengutus Rabsyake, seorang pegawai tinggi. Utusan itu mengancam kota Yerusalem dan bertutur dengan sombongnya.

19. Orang Israel menjadi patah semangat dan gementar ketakutan. Mereka menderita seperti perempuan yang mahu bersalin.

20. Tetapi mereka berdoa dengan tangan terangkat kepada Tuhan yang penuh belas kasihan. Dari syurga, Tuhan yang suci segera mendengar doa mereka dan mengutus Nabi Yesaya untuk menyelamatkan mereka.

21. Tuhan memukul perkhemahan orang Asyur, dan malaikat-Nya melenyapkan mereka

22. kerana Raja Hizkia melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan dan berpegang teguh pada teladan Raja Daud nenek moyang baginda. Hal itu dilakukan oleh baginda sesuai dengan perintah Yesaya, nabi agung itu, dengan mempercayakan penglihatan-penglihatannya.

23. Nabi itu membuat matahari bergerak ke belakang dan memperpanjang nyawa baginda.

24. Dia menenteramkan orang yang berkabung di Yerusalem. Dengan rohnya yang mulia dia melihat apa yang akan terjadi pada masa hadapan

25. dan meramalkan kejadian-kejadian hingga akhir zaman, serta hal-hal tersembunyi sebelum berlaku.

Label:   Sirakh 



Daftar Label dari Kategori KITAB DEUTEROKANONIKA
1 Makabe(16)
2 Makabe(15)
Barukh(6)
Kebijaksanaan Salomo(19)
Sirakh(49)
Tambahan Daniel(3)
Tambahan Ester(6)
Tobit(14)
Yudit(15)




Nama-Nama Bayi Katolik Terlengkap

Kalender Liturgi Katolik 2024 dan Saran Nyanyian

Kalender Liturgi Katolik Desember 2023 dan Saran Nyanyian


Orang Kudus Katolik Dirayakan Desember
Santo-Santa 13 Desember - Santa Lusia (Perawan dan Martir), Santa Odilia atau Ottilia (Pengaku Iman)

MAZMUR TANGGAPAN & BAIT PENGANTAR INJIL
- PASKAH
- KENAIKAN
- PENTAKOSTA
- BIASA



NEXT:
Sirakh 49 - Raja Yosia

PREV:
Sirakh 47 - Natan





Arsip KITAB DEUTEROKANONIKA..


Jadwal Misa Gereja Seluruh Indonesia
1. Map/Peta Gereja Katolik di Jakarta
2. Map/Peta Gereja Katolik di Surabaya
3. Map/Peta Gereja Katolik di Makassar
4. Map/Peta Gereja Katolik di Bandung
5. Map/Peta Gereja Katolik di Medan
6. Map/Peta Gereja Katolik di Depok
Agustus - Hati Maria Yang Tidak Bernoda(3)
April - Sakramen Maha Kudus (6)
Bulan Katekese Liturgi(5)
Bulan November - Jiwa-jiwa Kudus di Api penyucian(4)
Bulan Oktober - Bulan Rosario(1)
Bulan Oktober - Bulan Rosario suci(4)
Desember - Bunda Maria yang dikandung tanpa noda(4)
Februari - Keluarga Kudus Yesus Maria Yosep(5)
Ibadah(1)
Januari - Bulan menghormati Nama Yesus(5)
Juli - Darah Mulia(2)
Juni - Hati Kudus Yesus(10)
Maret - Pesta St. Yosep(3)
Mei - Bulan Maria(8)
Penutup Bulan Rosario(1)
Peringatan Arwah(2)
Rabu Abu(1)
SEPTEMBER - TUJUH DUKA MARIA(7)