misa.lagu-gereja.com        
 
View : 4848 kali
KITAB DEUTEROKANONIKA
Rabu, 19 Oktober 2022
Sirakh 47 - Natan

Natan

1. Sesudah Samuel, tampillah Natan yang menjadi nabi pada masa Raja Daud.
Raja Daud

2. Seperti bahagian berlemak daripada korban untuk memohon berkat Tuhan, iaitu korban yang dikhususkan bagi Tuhan, begitulah Raja Daud dipilih daripada kalangan orang Israel.

3. Baginda bermain-main dengan singa dan beruang seolah-olah dengan anak domba dan anak kambing.

4. Pada masa mudanya baginda membunuh seorang raksasa untuk menyelamatkan bangsanya daripada penghinaan. Kebongkakan Goliat diakhirinya dengan sebiji batu yang dilemparkan dari penghumbannya.

5. Oleh sebab doanya kepada Tuhan Yang Maha Tinggi, baginda diberi kekuatan untuk membunuh askar yang gagah itu dan mengukuhkan kekuatan bangsanya.

6. Baginda dihormati kerana telah menumpas puluhan ribu musuh. Pada waktu ditabalkan menjadi raja, baginda dipuji sebagai orang yang diberkati Tuhan.

7. Baginda membinasakan semua musuh dan menumpaskan orang Filistin, sehingga mereka tidak berdaya untuk menggertak lagi.

8. Dalam semua perbuatan, Raja Daud memuji Tuhan yang suci dan menghormati Yang Maha Tinggi. Baginda mengasihi Pencipta baginda dan dengan sepenuh hati menyanyikan pujian bagi-Nya.

9. Baginda menempatkan pemain kecapi di depan mazbah untuk memperdengarkan lagu-lagu yang merdu.

10. Baginda menentukan hari-hari perayaan sepanjang tahun dan memeriahkan upacara-upacara itu. Sepanjang hari di Rumah Tuhan, berkumandang lagu-lagu pujian bagi Tuhan.

11. Tuhan mengampunkan dosa Raja Daud dan mengukuhkan kekuasaan baginda untuk selama-lamanya. Dia membuat perjanjian dengan Raja Daud bahawa baginda dan keturunan baginda akan memerintah dengan jaya di Israel.
Raja Salomo

12. Sesudah Raja Daud, tampillah Raja Salomo puteranya yang bijaksana, dan oleh sebab jasa ayahanda baginda, baginda dapat hidup dengan tenteram.

13. Selama pemerintahan Raja Salomo tidak ada peperangan. Allah membuat segala perbatasan negeri baginda aman, sehingga Raja Salomo dapat membina Rumah Tuhan yang bertahan untuk selama-lamanya.

14. Betapa bijaksananya tuanku Raja Salomo pada masa muda tuanku! Pengertian tuanku seperti sungai yang meluap-luap.

15. Pengaruh tuanku meluas ke seluruh bumi; peribahasa dan teka-teki tuanku terkenal di mana-mana.

16. Tuanku termasyhur di seluruh dunia dan dikasihi kerana membawa kedamaian.

17. Di segala negeri tuanku dikagumi kerana lagu-lagu ciptaan tuanku, peribahasa, perumpamaan, dan tafsiran tuanku.

18. Tuanku mengumpulkan perak dan emas seperti timah, kesemuanya demi nama Tuhan Allah, yang disebut Allah Israel.

19. Tetapi tuanku jatuh kerana nafsu tuanku terhadap wanita.

20. Tuanku mencemarkan nama tuanku sendiri dan nama keturunan tuanku. Oleh sebab kebodohan tuanku, mereka dimurkai Tuhan dan diseksa.

21. Kerajaan tuanku terpecah dan pemberontak-pemberontak membentuk sebuah kerajaan di Israel Utara.

22. Tetapi Tuhan selalu bermurah hati dan tidak membatalkan janji-Nya sendiri. Dia tidak membinasakan keturunan Daud, orang pilihan-Nya yang mengasihi-Nya. Oleh sebab itu Tuhan membiarkan suatu sisa daripada bangsa Israel, dan daripada keturunan Raja Daud masih ada yang hidup.
Raja Rehabeam dan Raja Yerobeam

23. Raja Salomo dimakamkan di makam nenek moyang baginda. Baginda meninggalkan seorang putera, iaitu Raja Rehabeam, untuk menggantikan baginda. Raja Rehabeam seorang yang dungu, paling bodoh daripada bangsa baginda. Dasar kerajaan baginda membuat rakyat memberontak.Raja Yerobeam anak Nebat yang memerintah Israel Utara, menjerumuskan rakyat ke dalam dosa.

24. Dosa mereka sangat banyak, sehingga mereka dibuang dari negeri mereka.

25. Mereka melakukan segala macam kejahatan, sehingga akhirnya mereka dihukum oleh Tuhan.

Label:   Sirakh 



Daftar Label dari Kategori KITAB DEUTEROKANONIKA
1 Makabe(16)
2 Makabe(15)
Barukh(6)
Kebijaksanaan Salomo(19)
Sirakh(49)
Tambahan Daniel(3)
Tambahan Ester(6)
Tobit(14)
Yudit(15)




Nama-Nama Bayi Katolik Terlengkap

Kalender Liturgi Katolik 2024 dan Saran Nyanyian

Kalender Liturgi Katolik Desember 2023 dan Saran Nyanyian


Orang Kudus Katolik Dirayakan Desember
Santo-Santa 13 Desember - Santa Lusia (Perawan dan Martir), Santa Odilia atau Ottilia (Pengaku Iman)

MAZMUR TANGGAPAN & BAIT PENGANTAR INJIL
- PASKAH
- KENAIKAN
- PENTAKOSTA
- BIASA



NEXT:
Sirakh 48 - Nabi Elia

PREV:
Sirakh 46 - Yosua dan Kaleb





Arsip KITAB DEUTEROKANONIKA..


Jadwal Misa Gereja Seluruh Indonesia
1. Map/Peta Gereja Katolik di Jakarta
2. Map/Peta Gereja Katolik di Surabaya
3. Map/Peta Gereja Katolik di Makassar
4. Map/Peta Gereja Katolik di Bandung
5. Map/Peta Gereja Katolik di Medan
6. Map/Peta Gereja Katolik di Depok
Agustus - Hati Maria Yang Tidak Bernoda(3)
April - Sakramen Maha Kudus (6)
Bulan Katekese Liturgi(5)
Bulan November - Jiwa-jiwa Kudus di Api penyucian(4)
Bulan Oktober - Bulan Rosario(1)
Bulan Oktober - Bulan Rosario suci(4)
Desember - Bunda Maria yang dikandung tanpa noda(4)
Februari - Keluarga Kudus Yesus Maria Yosep(5)
Ibadah(1)
Januari - Bulan menghormati Nama Yesus(5)
Juli - Darah Mulia(2)
Juni - Hati Kudus Yesus(10)
Maret - Pesta St. Yosep(3)
Mei - Bulan Maria(8)
Penutup Bulan Rosario(1)
Peringatan Arwah(2)
Rabu Abu(1)
SEPTEMBER - TUJUH DUKA MARIA(7)